Wednesday, February 9, 2011

Mesyuarat PTPS Golf MSSM 2011


2.30 - Sesi dialog bersama Pegawai dari Malaysian Golf Association. Diwakili oleh Damian Utal dari AJK NJDP, Mejar (B) Jimmy NG selaku Koordinator AJK NJDP dan Bambang Sunanteri Osmen dari Penolong Pengurus Operasi.

Antara topik yang dibincangkan ialah Penggendalian Kursus Repri (undang-undang) kepada PT negeri dan guru yang dicadangkan akan diadakan di Kelab Cinta Sayang Kedah pada akhir bulan Mac tahun ini. Pihak MGA menjelaskan mereka yang menghadiri kursus ini akan dilantik untuk membantu dalam menjadi repri semasa kejohanan dikelab masing-masing.

Peserta kursus akan diberi sijil Penyertaan dan sijil kursus undang-undang golf yang akan dikeluarkan oleh pihak MGA. Pihak MGA meminta Penyalaras Sukan En. Mohamad Karim untuk menulis surat ke MGA untuk memastikikan semua perancangan ini dapat diadakan dengan jayanya.


Mesyuarat Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan Golf MSSM sedang berlangsung di Golden Course Hotel Kelang. Semua PTPS negeri melapor diri sejak jam 2.00 semalam dan berkumpul selama 3 hari sehingga jumaat ini 11 febuari 2011, untuk merancang dan membincangkan kejohanan Golf peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada 13 - 18 Mac akan datang.  Penganjur pada tahun ialah negeri Selangor Darul Ishan. Venue yang dipilih pada tahun ini ialah untuk Pemain lelaki bawah 18, 15 dan 12 akan diadakan di Padang Golf Sultan Abdul Aziz Shah dan Perempuan Bawah 18, 15 dan 12 akan diadakan di Padang Golf Monterez Golf & Country Club.

Kronologi mesyuarat

9 Febuari 2011
2.00 pm              - Semua PTPS melapor diri di hotel
8.00 pm - 11.00 - Taklimat oleh Penyalaras bahagian Sukan KPM

10 Febuari 2011
8.30                   - Mesyuarat PTPS negeri sedang berlangsung

Sekitar mesyuarat malam 9 Febuari 2011





No comments:

Post a Comment