Monday, May 16, 2011

Golf Muhibbah Hari Guru 2011

Kuching, 15 Mei 2011, Padang Damai Golf and Country Club menjadi medan petempuran pegawai-pegawai pendidikan dari seluruh negara sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke 40 yang disambut di Pusat Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) hari ini 16 Mei 2011. Antara yang menyertai pertandingan ialah Tuan Hj. Markom Bin Giran Ketua Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan juga  Ketua Nazir Datuk Misrah Ibrahim.  Menteri Pelajaran Y.A.B Tan Sri Dato' Hj. Muhyddin Yassin adalah Tetamu Kehormat di Majlis berkenaan. Tee-Off seawal 8.00 pagi berjalan dengan lancar dan penyertaan jemputan dari Jabatan Polis, SEDC dan wakil dari jabatan kerajaan negeri yang lain telah berjaya memeriah mesrakan lagi suasana Pertandingan golf yang dianjurkan bersama Muhibbah Group.  En. Fuad dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor berjaya menjuara pertandingan tersebut membawa pulang sebuah Hamper dan Piala dengan skor 37 point OCB, Kedua En. Ismail Idris(Swk) juga 37 point (OCB),antara lain pemenangnya ialah ketiga En. Azman Hamdan (Swk), En. Difison (Swk), En Azizan (Pengaman Swk).

Tahniah kepada pemenang dan selamat Hari Guru.  

                                                           "Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara."

Juara Pertandingan Golf Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Damai Golf And Country Club di Kuching En. Fuad

En. Ismail Idris dari Jabatan Pelajaran Sarawak
 En.Difison Jabatan Pelajaran Sarawak




En. Azman Hamdan dari Jabatan Pelajaran Sarawak