Tuesday, March 29, 2011

Kursus Kejurulatihan Sukan Golf Tahap 1 Kebangsaan

Putrajaya - Kursus Kejurulatihan Sukan Golf Tahap 1 Kebangsaan julung kalinya akan diadakan pada 4 - 8 Mac ini di Cinta Sayang Golf & Country Resot, Kedah.  Menurut Penyalaras Sukan Golf Kebangsaan En. Mohd Karim, surat jemputan kepada semua peserta sudah diedarkan ke Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing oleh Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia pada minggu lepas.  Seharusnya semua Jabatan Pelajaran Negeri sudah menerima faks tersebut.

    Kursus yang memakan masa selama 5 hari ini akan diakhiri dengan ujian undang-undang pada hari  kelimanya diharap akan memberi pendedahan yang sangat berguna kepada peserta kursus sekaligus dapat membantu membangunkan sukan golf di negeri masing-masing.  Sepanjang kursus ini dijalankan Kementeriaan Pelajaran Malaysia akan dibantu oleh Persatuan Golf Malaysia (MGA) dalam  menyediakan Fasilitator dan Jurulatih.

    Kemudahan penginapan dan makan sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak KPM sementara Tuntutan perjalanan pergi dan balik akan ditanggung oleh negeri masing-masing.  Bagi mengetahui maklumat lebih lanjut peserta kursus bolehlah menghubungi;

En. Muhammad Jun bin Basaruddin, Unit Kejurulatihan Sukan dan Kokurikulum di talian 0388841386 / 0123741497.

Untuk mendapatkan salinan surat jemputan ke kursus berkenaan sila klik pada Tab Download Files di atas dan anda boleh muat turun fail yang berkenaan.

No comments:

Post a Comment