Saturday, March 30, 2013

TERUS MENJULANG SARAWAK

Sarawak Team
Kota Kinabalu: Senyum jelas terbayang pada setiap pemain dan pegawai yang mengiringi pasukan negeri kali ini.  Apa tidaknya banyak ole ole yang dibawa balik ke Sarawak setelah berakhir majlis penyampaian hadiah diadakan di Dewan Serbaguna Likas, Kota Kinabalu.  Bermain dalam cuaca yang agak kering dan panas pemain Sarawak begitu bersemangat apabila mendapat sokongan moral yang berterusan dari semua pegawai dan juga ibubapa yang hadir sama. "Saya merasakan ini adalah kejohanan yang terbaik saya pernah hadiri" kata Pn. Esther Vincent yang bertugas sebagai pegawai bahagian pemain perempuan negeri.
Keseluruhannya saya memberi kredit tertinggi atas disiplin dan komitmen pemain dan semua pihak tambah En. Median Elie selaku ketua kontinjen Sarawak kali ini. Pada tahun ini negeri melantik En. Azman Hamdan sebagai jurulatih dan Pn. Mary Karl selaku guru pengiring, saya selaku Pengerusi Teknikal dan Pembangunan Golf MSS Sarawak mengucapkan tahniah dan berharap pada tahun depan kita akan beroleh kejayaan yang lebih cemerlang, saya juga ingin merakam ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Pengarah Pelajaran Sarawak, Saudara Abdillah Adam, Ketua sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Saudara Ellen@Manium Engang, Ketua unit Sukan Saudara Paul Law , Saudara Rasid Mail Penyelia Sukan dan semua yang terlibat dalam memastikan pencapaian misi Terus Menjulang Sarawak berjaya.

Berikut adalah keputusan penuh kejohanan.

 Kategori
Kedudukan 
 Pemain
 18TKB (Lelaki)
 Tempat Ketiga berpasukan
Jordan Jude Tay Kunjin
Jordon Lim Ming Joon
James Ngumbang Ak Jerry Ling
 15TKB (Perempuan)
1. Johan Individu
2. Novelty Longest Drive
3. Naib Johan berpasukan
1. Jaclyn Chen Jin Yi
1. Jaclyn Chen Jin Yii
1. Jaclyn Chen Jin Yii
2. Alethea Cordelia
3. Ashley Lau Jen Wen
 12TKB (Perempuan)
1. Novelty Nearest To Pin
2. Tempat ketiga berpasukan
1. Adeline Lau Jen Yun 
1. Adeline Lau Jen Yun
2. Eliza MAe Kho
3. Lydia Huong Sheau Ing

Kedudukan Keseluruhan : Tempat ke-5

Jaclyn Chen terpilih untuk mengikuti latihan dan pemilihan untuk mewakili negara dan "Asian Games" yang dijangka akan diadakan di Pilipina pada akhir tahun.

Berikut catatan bergambar sepanjang kejohanan MSSM di Sabah.


Peserta dan pegawai berangkat dari KIA 

Serah jersey kepada pemain
 
 
Sebahagian daripada pemain yang sempat bergambar 

Pegawai:Pn. Mary Karl dan Pn. Esther Vincent 
 
 
Sarapan setiap kali sebelum turun ke padang

 
 
 

Menunggu Bas di hadapan Apartment
(Penginapan Pasukan Sarawak)
 
 
 Pasukan bergerak ke Arena Kejohanan seawal 5.15 pagi.
 
 Berseddia ke "T-Box"

 
 
 

Latihan Putt
 

Jordon Lim beraksi
 
 
 
Majlis Penangguhan

 
 
Tempat ke-tiga Perempuan 12TKB 


Naib Johan Perempuan 15TKB
 
                                                                                           

Jaclyn Chen Jaguh Sarawak
 
                                         

Tuesday, March 19, 2013

Pemain golf mss Sarawak 2013 yang akan mengambil bahagian ke pertandingan peringkat kebangsaan di Sabah. Semua pemain sudah cukup bersedia dengan latihan pusat di Kelab masing-masing di bawah kendalian jurulatih peribadi mahupun jurulatih yang dilantik mss sarawak sendiri. Pada tahun ini Sarawak tidak menghantar wakil dari kategori Perempuan 18TKB kerana tiada pemain yang layak dan beberapa pemain terbaik kita berlatih dan perlu berada bersama Persatuan Golf Malaysia di bawah projek khas dan mereka ditempatkan di negeri-negeri yang berdekatan di semananjung. Meskipun kehilangan khidmat mereka namun kita juga rasa bangga kerana dapat membantu Persatuan menyediakan pemain yang berkualiti.

Berikut adalah barisan pemain Golf MSS Sarawak 2013.


JORDAN JUDE TAY




JORDON LIM
 

JAMES JERRY


JACLYN CHEN

ASHLEY LAU

ALETHEA CORDELIA

AARON LAU
 

IMMANUEL DAVID

AZIEL TEO

RIDGE TANG

VOON YII KIET

 


MATTHEW ONG


LYDIA HUONG

ADELINE LAU

ELIZA MAE KHO

Tuesday, March 5, 2013

Salah satu Jersey yang akan digunakan oleh pemain Sarawak 2013.
Hitam untuk pegawai dan putih untuk pemain.