Sunday, February 20, 2011

Golf MSSM Hari ini....

Sekitar Mesyuarat PTPS Negeri Golf MSSM di GoldCourse Hotel Klang 9 - 11 Febuari 2011.



Lawatan ke Arena dan Penyesuaian padang cadangan untuk pertandingan
kategori perempuan
(Monterez Golf Club Selangor)


Lawatan ke Arena dan Penyesuaian padang cadangan untuk pertandingan
kategori Lelaki
(Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Selangor)

    Kejohanan Golf MSSM 2011 akan diadakan pada 15 -17 Mac selama 3 hari berturut-turut. Pada tahun ini Negeri Selangor Darul Ishan telah diberi penghormatan untuk mengelolakan Pertandingan peringkat Kebangsaan.  Pada mesyuarat PTPS negeri yang sama semua negeri telah mengesahkan penyertaan mereka termasuk Wilayah Perskutuan Labuan yang akan menghantar pemainnya sendiri yang berasingan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun ini. Mesyuarat PTPS Golf  MSSM negeri tempohari diadakan di salah sebuah hotel dekat Klang.

    Lawatan dan tempahan padang pertandingan juga sudah dibuat oleh tuan rumah Selangor, semua pemain dari semua negeri yang akan mengambil bahagian akan berkampung di dua Arena pertandingan iaitu Pemain lelaki akan bermain di Padang Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam Selangor sementara itu pemain perempuan akan berkampung di Padang Golf Monterez Shah Alam Selangor selama 4 hari berturut-turut termasuk Latihan Pusingan pada 14 Febuari iaitu sehari lebih awal sebelum pertandingan.

3 Kategori untuk lelaki dan 3 kategori untuk perempuan akan dipertandingkan. Lelaki bawah 18, 15 dan 12, serta perempuan 18, 15 dan 12. Untuk menjimatkan masa maka pertandingan ini akan dimulakan secara "Shot-gun" dan sekiranya berlaku "Tie" pada akhir pertandingan maka pemenangnya akan dikira menggunakan sistem "OCB" (on Count Back)

 Pihak Persatuan Golf Malaysia sudah pasti akan sekali lagi memainkan peranan yang sangat penting seperti sebelumnya sepanjang tempoh kejohanan nanti kerana hanya MGA lah satu-satunya badan yang bertauliah menyediakan pengadil dan referi dalam kejohanan sehingga peringkat ini.  Sementara itu "Caddy" akan disediakan oleh Pihak Kelab Golf yang terlibat.

Penyelaras Sukan dan Kokurikulum dari bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia  (gambar sebelah) En. Mohamad Abdul Karim melahirkan harapan tinggi beliau agar Pengelolaan kejohanan pada tahun ini akan lebih berjaya dan dapat mencungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan pada sukan antara sekolah-sekolah Asian nanti yang akan diadakan di Singapura, beliau juga berharap negeri-negeri yang mengambil bahagian menyediakan pemain-pemain yang berkualiti supaya pertandingan menjadi lebih bermutu.

No comments:

Post a Comment