Sunday, February 5, 2012

Mesyuarat PTPS hari kedua

 
Pengerusi majlis selaku pengerusi Teknik Pembagunan Sukan Golf Kebangsaan Saudara Ismail Idris memulakan mesyuarat dengan memperkenalkan ahli baru dalam majlis iaitu;
Penyelaras Sukan Golf yang baru ialah Saudara Jazmi bin Abdul Jalil menggantikan Saudara Mohamad Karim Abdul Lah, Saudara Sagayaraj A/L Micheal PTPS Perak mengambil tugas yang dipegang oleh Saudara Roseli Bin Kamarudin.
Mesyuarat pada pagi ini juga dihadiri oleh pegawai dari MGA iaitu saudara Bambang Sumanteri dan Saudara Shairul Erwin Samsudin
Mesyuarat pada hari kedua diteruskan dengan tumpuan perbincangan menjurus kepada peraturan am pertandingan peringkat kebangsaan.  Ahli-ahli mesyuarat diingatkan agar sentiasa peka dan berpandukan peraturan yang telah ditetapkan sepanjang kejohanan nanti.
Setakat laporan ini dtulis hanya Padang Golf Clearwater sahaja yang sudah pasti digunakan untuk pertandingan, ini kerana pihak pengelola masih lagi mengadakan rundingan peringkat akhir.

       Saudara Shamsul PTPS Labuan 

   
Wakil dari MGA

 
Romli dan Asmadi PTPS Kelantan dan Trengganu

No comments:

Post a Comment