Monday, May 16, 2011

Golf Muhibbah Hari Guru 2011

Kuching, 15 Mei 2011, Padang Damai Golf and Country Club menjadi medan petempuran pegawai-pegawai pendidikan dari seluruh negara sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke 40 yang disambut di Pusat Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) hari ini 16 Mei 2011. Antara yang menyertai pertandingan ialah Tuan Hj. Markom Bin Giran Ketua Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan juga  Ketua Nazir Datuk Misrah Ibrahim.  Menteri Pelajaran Y.A.B Tan Sri Dato' Hj. Muhyddin Yassin adalah Tetamu Kehormat di Majlis berkenaan. Tee-Off seawal 8.00 pagi berjalan dengan lancar dan penyertaan jemputan dari Jabatan Polis, SEDC dan wakil dari jabatan kerajaan negeri yang lain telah berjaya memeriah mesrakan lagi suasana Pertandingan golf yang dianjurkan bersama Muhibbah Group.  En. Fuad dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor berjaya menjuara pertandingan tersebut membawa pulang sebuah Hamper dan Piala dengan skor 37 point OCB, Kedua En. Ismail Idris(Swk) juga 37 point (OCB),antara lain pemenangnya ialah ketiga En. Azman Hamdan (Swk), En. Difison (Swk), En Azizan (Pengaman Swk).

Tahniah kepada pemenang dan selamat Hari Guru.  

                                                           "Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara."

Juara Pertandingan Golf Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Damai Golf And Country Club di Kuching En. Fuad

En. Ismail Idris dari Jabatan Pelajaran Sarawak
 En.Difison Jabatan Pelajaran Sarawak




En. Azman Hamdan dari Jabatan Pelajaran Sarawak


Thursday, April 14, 2011

Sedutan Peringkat Akhir Kursus



Penyelesaian masalah (Rules and Decision)


Unplayable ball..guest what to do?

Referee given a player 1st opinion 

Wednesday, April 6, 2011

Ceramah Undang-undang

Ceramah undang-undang yang dikendalikan oleh pegawai-pegawai MGA bermula hari ini bertempat di Dewan Rajawali Kelab Golf Cinta Sayang Resort sg. Petani Kedah.  Sesi ceramah bermula jam 2.00 petang dan dijangka berakhir jam 5.30 pm.  Kesemua peserta kursus hadir dan memberi sepenuh tumpuan pada ceramah yang dijalankan, ini kerana pada hari jumaat akan ada ujian bertulis untuk menguji tahap kefahaman peserta.

Di bawah gambar sekitar aktiviti dua hari lepas.

Azman melakukan T-Off

Salah seorang penceramah dari MGA

En. Ismail penuh dengan konsentrasi semasa sesi ceramah

Sebahagian daripada peserta kursus
Peserta kursus penuh konsentrasi semasa ceramah

Ismail Idris melakukan T-Off semasa latihan Praktikal

En. Hanif dan NorAzman menunggu giliran semasa sesi praktikal oleh Pro Gunalan 

Kawan kita Samsul melakukan T-shot 

Hermes pro sabah melakukan T-shot di Driving Range

Pro Gunalan melakukan tunjukcara kepada en. Ismail.

Khasfi in action

Hj. Moran melakukan pukulan stroke di Driving range

Ini dia Pro dari Kelate..sdr. Romli

Monday, April 4, 2011

Kursus Kejurulatihan bermula dah...

Kedah - Kursus Kejurulatihan Golf untuk guru-guru seluruh Malaysia bermula hari ini di Kelab Golf Cinta Sayang Resort, Pendaftaran sudah dibuat semalam dan Taklimat kepada peserta dibuat oleh Penyalaras Sukan En. Mohammad Karim di Bilik Mesyuarat pada jam 8.00 malam tadi.

Sesi pagi ini dikendalikan oleh En. Gunalan Pro Malasyia bertajuk Asas Kejurulatihan untuk pelajar-pelajar sekolah.  Hari ini antara lain peserta kursus akan didedahkan dengan etika dan disiplin dalam latihan serta teknik yang betul menggendalikan latihan diperingkat asas (beginner), Pada sebelah petang peserta kursus dijangka akan ditunjukkan secara praktikal di padang permainan teknik dan pengurusan padang (Course management).

Sekitar sesi pagi ini.








Tuesday, March 29, 2011

Kursus Kejurulatihan Sukan Golf Tahap 1 Kebangsaan

Putrajaya - Kursus Kejurulatihan Sukan Golf Tahap 1 Kebangsaan julung kalinya akan diadakan pada 4 - 8 Mac ini di Cinta Sayang Golf & Country Resot, Kedah.  Menurut Penyalaras Sukan Golf Kebangsaan En. Mohd Karim, surat jemputan kepada semua peserta sudah diedarkan ke Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing oleh Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia pada minggu lepas.  Seharusnya semua Jabatan Pelajaran Negeri sudah menerima faks tersebut.

    Kursus yang memakan masa selama 5 hari ini akan diakhiri dengan ujian undang-undang pada hari  kelimanya diharap akan memberi pendedahan yang sangat berguna kepada peserta kursus sekaligus dapat membantu membangunkan sukan golf di negeri masing-masing.  Sepanjang kursus ini dijalankan Kementeriaan Pelajaran Malaysia akan dibantu oleh Persatuan Golf Malaysia (MGA) dalam  menyediakan Fasilitator dan Jurulatih.

    Kemudahan penginapan dan makan sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak KPM sementara Tuntutan perjalanan pergi dan balik akan ditanggung oleh negeri masing-masing.  Bagi mengetahui maklumat lebih lanjut peserta kursus bolehlah menghubungi;

En. Muhammad Jun bin Basaruddin, Unit Kejurulatihan Sukan dan Kokurikulum di talian 0388841386 / 0123741497.

Untuk mendapatkan salinan surat jemputan ke kursus berkenaan sila klik pada Tab Download Files di atas dan anda boleh muat turun fail yang berkenaan.

Saturday, March 19, 2011

Sekitar Kejohanan Golf MSSM 2011 di Selangor




 


Pendaftaran Latihan Penyesuaian Padang
(Dalam Gambar Kazwan, Difison(PTPS) dan Hj. Bedrie(Pengurus)

 En. Difison berbincang sesuatu dengan pengurus pasukan Sarawak Hj. Bedrie Ali Akebar semasa latihan penyesuaian padang.


Immanuel melakukan latihan Putting sebelum bergerak ke T-Box


Malcom Tay melakukan T-Off di Lubang 1 Alam Shah Nine

Malcom bersama Mohd Aiman dalam satu Flight Day1

 Ashley Lau tempat kedua kategori P12 TKB dari Pengarah Pendidikan Negeri Selangor Encik Sulaiman Wak


Immanuel dan Lim Beng Keat Bertanding dlm Kategori LB12


 Jordon Lim buat persediaan terakhir sebelum ke T-Box
 

Marie, Kimberly, Alethea, Janice,Jordon Lim semasa Majlis Penangguhan.

Jaclyn Chen tempat ke-3 P15, menerima sijil dan pingat

Malcom Adam Tay menerima Sijil dan Pingat tempat ke 5



Gertrude Lee menerima sijil dan pingat Kategori P18 tahun


Johan P B15 Tahun (Jaclyn Chen, Kimberly Nelson dan Celine Goh(tiada dlm gambar)




2 gambar di atas menggambarkan suasanan setiap kali sebelum acara dimulakan

En. Difison bersama pemain Sarawak semasa Majlis Penangguhan