Wednesday, March 2, 2011

Perhatian Kepada Skuad Sarawak

1.  Pastikan anda membawa Surat Beranak / Perakuan surat beranak atau Kad Pengenalan (Mykad) yang asal dan salinan yang telah disahkan oleh Guru Besar atau Pengetua sekolah masing2 semasa berlepas ke Kuala Lumpur nanti. Salinan sahaja kepada dokumen ini tidak diterimapakai.

2.  Borang RO1 dan MO1 yang telah diisilengkap(disertakan gambar saiz Paspot dan ditandatangani serta diturunkan Chop rasmi sekolah oleh Guru Besar / Pengetua sekolah masing2) sila kembalikan kepada Pengerusi Teknik secepat mungkin (selewat-lewatnya dalam minggu ini) di alamat;

En. Difison Jelema
SMK Green Road,
Lebuh Sockalingam,
Jalan Green,
93150 KUCHING

Bagi pemain yang dari Miri dan Bintulu sila hantar menggunakan khidmat POS LAJU.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi En. Difison Jelema di talian (0198884686).
Pemain dari Miri sila berhubung dengan Guru Pengiring Kontinjen dari Miri,

Pn. Dayang Hajijah Bt. Abg. Narudin 
SK St. Joseph, Miri,
Sarawak.
Tel :  0198589416

Sekian, terima kasih,
Harap Maklum

Tuesday, March 1, 2011

Makluman Kepada Skuad Sarawak

Kronologi Kejohanan Golf MSSM 2011 (13 - 18 Mac 2011)

Pergi menghadiri Kejohanan
Tarikh    : 13 Mac 2011
Hari       : Ahad
Masa     : Akan diberitahu kemudian
Lapangan Terbang : KIA dan Miri Airport

Pemain akan berangkat dari bahagian masing-masing terus ke KLIA.

Penginapan  :  Delta Inn Apartment Hotel & Trainning Centre Section 3, Shah Alam
                      Tel:  03-55119228, 012-2189399, Fax : 03-58808750

Balik menghadiri Kejohanan
Tarikh    : 18 Mac 2011
Hari       : Jumaat
Masa     : Akan diberitahu kemudian
Lapangan Terbang : KLIA

Pemain akan diterbangkan balik ke bahagian masing-masing secara terus kecuali Bintulu (Miri).

Semua pemain diminta berkumpul di Terminal KLIA sehingga penerbangan terakhir sampai dan berangkat bersama-sama ke Arena (Hotel Penginapan).

Sila hubungi Pengerusi Teknik (Difison - 0198884686) untuk maklumat lanjut dari semasa ke semasa.

Monday, February 28, 2011

Makluman Kepada Semua PTPS Negeri

 Pictures of  Baju Kot/coat Lelaki
Mohon semua PTPS Negeri membawa "Blazer" atau Baju "Kot"/"Coat Lelaki" berwarna hitam atau biru gelap untuk majlis penangguhan yang akan dihadiri oleh KPM pada Petang 17 Mac 2011.

Harap maklum.

Terima kasih.

Sunday, February 20, 2011

Golf MSSM Hari ini....

Sekitar Mesyuarat PTPS Negeri Golf MSSM di GoldCourse Hotel Klang 9 - 11 Febuari 2011.



Lawatan ke Arena dan Penyesuaian padang cadangan untuk pertandingan
kategori perempuan
(Monterez Golf Club Selangor)


Lawatan ke Arena dan Penyesuaian padang cadangan untuk pertandingan
kategori Lelaki
(Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Selangor)

    Kejohanan Golf MSSM 2011 akan diadakan pada 15 -17 Mac selama 3 hari berturut-turut. Pada tahun ini Negeri Selangor Darul Ishan telah diberi penghormatan untuk mengelolakan Pertandingan peringkat Kebangsaan.  Pada mesyuarat PTPS negeri yang sama semua negeri telah mengesahkan penyertaan mereka termasuk Wilayah Perskutuan Labuan yang akan menghantar pemainnya sendiri yang berasingan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun ini. Mesyuarat PTPS Golf  MSSM negeri tempohari diadakan di salah sebuah hotel dekat Klang.

    Lawatan dan tempahan padang pertandingan juga sudah dibuat oleh tuan rumah Selangor, semua pemain dari semua negeri yang akan mengambil bahagian akan berkampung di dua Arena pertandingan iaitu Pemain lelaki akan bermain di Padang Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam Selangor sementara itu pemain perempuan akan berkampung di Padang Golf Monterez Shah Alam Selangor selama 4 hari berturut-turut termasuk Latihan Pusingan pada 14 Febuari iaitu sehari lebih awal sebelum pertandingan.

3 Kategori untuk lelaki dan 3 kategori untuk perempuan akan dipertandingkan. Lelaki bawah 18, 15 dan 12, serta perempuan 18, 15 dan 12. Untuk menjimatkan masa maka pertandingan ini akan dimulakan secara "Shot-gun" dan sekiranya berlaku "Tie" pada akhir pertandingan maka pemenangnya akan dikira menggunakan sistem "OCB" (on Count Back)

 Pihak Persatuan Golf Malaysia sudah pasti akan sekali lagi memainkan peranan yang sangat penting seperti sebelumnya sepanjang tempoh kejohanan nanti kerana hanya MGA lah satu-satunya badan yang bertauliah menyediakan pengadil dan referi dalam kejohanan sehingga peringkat ini.  Sementara itu "Caddy" akan disediakan oleh Pihak Kelab Golf yang terlibat.

Penyelaras Sukan dan Kokurikulum dari bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia  (gambar sebelah) En. Mohamad Abdul Karim melahirkan harapan tinggi beliau agar Pengelolaan kejohanan pada tahun ini akan lebih berjaya dan dapat mencungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan pada sukan antara sekolah-sekolah Asian nanti yang akan diadakan di Singapura, beliau juga berharap negeri-negeri yang mengambil bahagian menyediakan pemain-pemain yang berkualiti supaya pertandingan menjadi lebih bermutu.

Friday, February 18, 2011

Golf Skills Academy for Youths in the works







KUCHING: Several organisations here are planning to build a Golf Skills Academy for Youths (Akademi Kemahiran Belia Golf) this year.
They are Youth and Sports Ministry, the Malaysian Golf Association, the Golf Club Management Association Malaysia, the Caddy Association, Persatuan Penguasa Padang golf and the Malaysian Professional Golf Association.
The concept is to provide theoretical and practical training on grooming golf pros, produce golfing experts and attract more youths to the sport.
“The academy will work with the well-equipped Public Service Golf Club in Bukit Kiara,” a statement said yesterday.


Twenty students will be picked for training and they must be Malaysians between 16 and 30 years old.
The training will be over six months (full time) for all levels.

Thursday, February 10, 2011

Taklimat MGA

Lawatan Ke Kelab Golf Sultan Abdul Aziz

4.30 pm - Rombongan PTPS Negeri  dan Penyelaras Sukan mengadakan lawatan ke Venue Kejohanan untuk mendapatkan gambaran lebih dekat lagi keadaan padang dan kesesuaiannya untuk pertandingan pada bulan mac nanti.