Takwim 2014
Tuesday, January 21, 2014
Saturday, March 30, 2013
TERUS MENJULANG SARAWAK
| Sarawak Team |
Keseluruhannya saya memberi kredit tertinggi atas disiplin dan komitmen pemain dan semua pihak tambah En. Median Elie selaku ketua kontinjen Sarawak kali ini. Pada tahun ini negeri melantik En. Azman Hamdan sebagai jurulatih dan Pn. Mary Karl selaku guru pengiring, saya selaku Pengerusi Teknikal dan Pembangunan Golf MSS Sarawak mengucapkan tahniah dan berharap pada tahun depan kita akan beroleh kejayaan yang lebih cemerlang, saya juga ingin merakam ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Pengarah Pelajaran Sarawak, Saudara Abdillah Adam, Ketua sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Saudara Ellen@Manium Engang, Ketua unit Sukan Saudara Paul Law , Saudara Rasid Mail Penyelia Sukan dan semua yang terlibat dalam memastikan pencapaian misi Terus Menjulang Sarawak berjaya.
Berikut adalah keputusan penuh kejohanan.
Kedudukan Keseluruhan : Tempat ke-5
Jaclyn Chen terpilih untuk mengikuti latihan dan pemilihan untuk mewakili negara dan "Asian Games" yang dijangka akan diadakan di Pilipina pada akhir tahun.
Berikut catatan bergambar sepanjang kejohanan MSSM di Sabah.
|
|
|||
|
Sarapan setiap kali sebelum turun ke padang
|
||||
|
Menunggu Bas di hadapan Apartment
(Penginapan Pasukan Sarawak)
|
||||
|
|
||||
|
Latihan Putt
|
Jordon Lim beraksi
|
|||
|
Majlis Penangguhan
|
||||
| Naib Johan Perempuan 15TKB |
| Jaclyn Chen Jaguh Sarawak |
Tuesday, March 19, 2013
Pemain golf mss Sarawak 2013 yang akan mengambil bahagian ke pertandingan peringkat kebangsaan di Sabah. Semua pemain sudah cukup bersedia dengan latihan pusat di Kelab masing-masing di bawah kendalian jurulatih peribadi mahupun jurulatih yang dilantik mss sarawak sendiri. Pada tahun ini Sarawak tidak menghantar wakil dari kategori Perempuan 18TKB kerana tiada pemain yang layak dan beberapa pemain terbaik kita berlatih dan perlu berada bersama Persatuan Golf Malaysia di bawah projek khas dan mereka ditempatkan di negeri-negeri yang berdekatan di semananjung. Meskipun kehilangan khidmat mereka namun kita juga rasa bangga kerana dapat membantu Persatuan menyediakan pemain yang berkualiti.
Berikut adalah barisan pemain Golf MSS Sarawak 2013.
Subscribe to:
Posts (Atom)


