Monday, March 5, 2012

Gegaran Meru Valley dan Clearwater bermula..


Dari kiri: James Ngumbang, Jordan Jude, Kazwan Kalana, Malcom Adam Jude, Aaron Laun, Mohd Fadhli, Immanuel David, Lim Beng Keat, Azman Hamdan (Jurulatih), Malcolm Ting dan Difison Jelema (PTPS Swk)

IPOH, 5 Mac 2012; Pemain mula membanjiri Hotel Fairpark yang terletak di tengah-tengah bandar Ipoh seawal 10 pagi lagi.  Hampir kesemua negeri yang mengambil bahagian menginap di Hotel berkenaan yang dibiayai secara pakej oleh Kementerian untuk kejohanan kali ini. Pemain, pegawai dan tidak ketinggalan ada ibubapa yang turut berada di hotel berkenaan untuk bersama-sama menghangatkan lagi suasana kejohanan kali ini.
Hari ini, pemain masing-masing telah menguji dan melakukan penyesuaian padang arena, pemain perempuan di Clearwater sanctuary sementara pemain lelaki di padang Meru Valley.  Berdasarkan tinjauan rawak saya, padang clearwater agak mencabar untuk pemain bawah 12 tahun kerana jarak yang agak jauh. berdasarkan perkiraan secara kasar pemain perempuan bawah 15 tahun yang melakukan pukulan dari "T-Box" putih akan melalui kira-kira 6.2 km. merupakan jarak yang cukup mencabar.  Bagaimanapun setelah dibincangkan dalam mesyuarat pengurus sebentar tadi, pihak penganjur dan teknikal akan melakukan sedikit perubahan untuk mengurangkan cabaran tersebut.

Sementara itu pemain Sabah, Sarawak dan Negeri sembilan yang saya temubual mengatakan bahawa jarak cabaran padang di Meru Valley tiada menjadi masalah kepada mereka, hanya permukaan padang yang agak lembap dan bola "Plug" sahaja yang menimbulkan kerisauan mereka.  Seperti juga masalah di Clearwater pihak penganjur akan mengambil langkah positif untuk mengurangkan cabaran tersebut dengan meletakan "Fore caddy" di tempat-tempat yang dijangka menimbulkan cabarang berkenaan.

Berikut aksi sekitar penyesuaian padang yang sempat saya rakamkan hari ini.
Pemain menunggu untuk bergerak ke padang permainan seawal 5.30 pagi selepas bersarapan di hotel penginapan mereka


Sebahagian daripada Pemain Sarawak

Alithea pemain 12 TKB
Lim Beng eat dan James Ngumbang memeriksa GPS ke lokasi Kejohanan
 
 
 
 Pn. Esther bersama Ibubapa yang hadir memberi sokongan kepada anak mereka
 
 
 James Ngumbang
Jordan Jude Tay Kunjin 
Aaron Lau melakukan T-Off
 
Sebahagian daripada pemain Sarawak
 Malcolm Adam Kunjin - antara pemain yang dijangka menyerlah dalam kejohanan kali ini, berdasarkan prestasi semasa.

 
Jurulatih Swk..menunjukkan cara putting yang betul
 

Tuesday, February 28, 2012

Perhatian Kepada Kontinjen Sarawak

Kepada semua pegawai dan pemain yang mewakili Sarawak ke Kejohanan Golf MSSM 2012 di Perak.  Anda diwajibkan berada di Lapangan Terbang mengikut tiket anda selewat-lewatnya 1 1/2 jam dari masa jadual penerbangan untuk menggelak masalah kelewatan dan sebagainya. Tiket penerbangan untuk kontinjen dari Miri ada bersama Pn. Esther Vincent Suyong (Guru Pengiring - 0198875763) manakala kontinjen dari Kuching bersama En. Difison Jelema (Pengerusi Teknik - 0198884686).
Jadual Penerbangan adalah seperti berikut;

FROM / TO
FLIGHT
DATE
DPRT TIME
ARV TIME
KCH / KUL
MH 2513
04 MARCH
1245
1425
MIRI / KUL
MH 2591
04 MARCH
1125
1335
BTU / KUL
MH 2743
04 MARCH
1415
1620
KUL / KCH
MH 2528
09 MARCH
1500
1650
KUL / MIRI
MH 2594
09 MARCH
1315
1530
KUL / BTU
MH 2742
09 MARCH
1120
1330

Pastikan anda membawa bersama;

1.  Kad Pengenalan / Sijil lahir yang asal DAN Sesalinan yang disahkan (bagi yang belum)
2.  Surat Akuan Ibubapa / penjaga (bagi yang belum)
3.  Keperluan pakaian dan perlatan permainan untuk latihan dan pertandingan
4.  Surat Pengesahan perubatan.


KRONOLOGI KEJOHANAN GOLF
MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA
TAHUN 2012
4 MAC 2012
(Ahad)
0800 - 1700
Ketibaan Kontinjen serta melapor diri.

Pengesahan Pendaftaran
HOTEL FAIRPARK IPOH
1000
Taklimat Pengurus Pasukan
HOTEL FAIRPARK IPOH
05 Mac 2012 (Isnin)
0700 - 1600
Penyesuaian Padang
         Kategori lelaki
         Kategori Perempuan
MERU VALLEY GOLF AND RESORT IPOH
CLEARWATER SANCTUARY GOLF AND RESORT BATU GAJAH

1000
Taklimat Pengadil dan Pegawai Teknikal
HOTEL FAIRPARK IPOH
06 Mac 2012 (Selasa)
0700 - 1600
Kejohanan hari pertama bermula:
         Kategori lelaki
        Kategori Perempuan
MERU VALLEY GOLF AND RESORT IPOH
CLEARWATER SANCTUARY GOLF AND RESORT BATU GAJAH
07 Mac 2012 (Rabu)
0700 - 1600
 Kejohanan hari kedua   bermula:
         Kategori lelaki
          Kategori Perempuan
MERU VALLEY GOLF AND RESORT IPOH
CLEARWATER SANCTUARY GOLF AND RESORT BATU GAJAH
08 Mac 2012 (Khamis)
0700 - 1600
Kejohanan hari ketiga   bermula:
       Kategori lelaki
        Kategori Perempuan
MERU VALLEY GOLF AND RESORT IPOH
CLEARWATER SANCTUARY GOLF AND RESORT BATU GAJAH
09 Mac 2012 (Jumaat)

Kontinjen balik ke negeri masing-masing
KLIA

 Diucapkan selamat maju  jaya kepada kontinjen Golf MSSM Sarawak 2012.

"Majulah Sukan Untuk Negara"

"AGI IDUP AGI NGELABAN"