Monday, October 10, 2011

Samarahan Open

Dari kiri : Jordan Tay Kunyin, Malcom Tay Kunyin dan Aaron Lau

 
2 Gambar atas adalah sebahagian dari pemain yang mengikuti Samarahan Open
Kota Samarahan:  Kejohanan dua hari berlangsung di Padang Golf Samarahan Golf Resort (Nama Baru) baru-baru ini telah dimanfaat sebaik-baiknya oleh tiga dari empat pemain yang beraksi sedang dipertimbangkan untuk mewakili negeri dalam kejohanan MSSM 2012 di Perak mac tahun hadapan. Aaron Lau mencatat 80 pukulan hari pertama dan 85 hari kedua, keseluruhannya 165 pukulan menduduki tempat ketiga dalam kategori "Net", Jordan Tay melakukan 80 pukulan hari pertama dan 76 hari kedua menduduki tempat kelima kategori "Net". Semantara itu Abangnya Malcom Tay mecatatkan 75 pukulan hari pertama dan 77 pada hari kedua menduduki tangga kedua kategori Gross. Kesemua mereka membawa wang tunai balik sebagai hadiah.  Seorang lagi pemain Junior MSSM yang gagal menyerlah pada kejohanan kali ini ialah Jordan Lim dari Miri, bagaimanapun beliau mencatatkan keputusan dibawah kemampuan sebenar kalau dibandingkan dengan catatan pada hari "Practice Round".
Kejohanan yang julung kali diadakan ini dipadang golf Samarahan memperlihatkan Lee Ka Tung sekali lagi menunjukkan kehebatannya dengan menjuarai kejohanan dan membawa balik wang tunai RM3,00.00.  Tempat ketiga adalah Pemain Ametur dari PGC golf Club Encik Johari Aman.

Tuesday, October 4, 2011

Persediaan Kontingen Golf 2012

Kuala Lumpur:  Mesyuarat Pengerusi Teknikal dan Pembangunan Sukan MSSM bersama Ketua Unit Sukan Negeri yang berlangsung hari ini di Olimpik Hotel Kuala Lumpur telah menetapkan tarikh-tarikh kejohanan yang sesuai untuk semua jenis sukan peringkat Kebangsaan termasuklah sukan Golf. Bagi sukan Golf adalah seperti berikut;

Negeri Penganjur
Perak Darul Ridzuan
Tarikh Kejohanan
7 – 10 Mac 2012
Padang Lelaki
Clearwater Sanctuary Golf  Resort, Perak
Padang Perempuan
Mehru Valley Golf & Country Club, Perak

Diharapkan semua PT negeri dapat persediaan dan pemilihan awal untuk menjayakan kejohanan pada kali ini.  PT Negeri juga diingatkan agar menyediakan Kertas Konsep Pembangunan Sukan Golf peringkat Negeri masing-masing untuk dibentangkan semasa Mesyuarat PTPS Golf MSSM yang dijangka akan diadakan pada akhir tahun ini sebelum cuti sekolah bermula.  Maklumat lanjut sila berhubung dengan PTPS Golf Kebangsaan iaitu En. Ismail Idris di talian 0128886217.


CLEARWATER SANCTUARY GOLF RESORT
Lot 6019, Jalan Changkat Larang,
31000 Batu Gajah,
Perak Darul Ridzuan, Malaysia

Tel: +605 366 7433
Fax: +605 366 7434

E-mail: cwsgolf@po.jaring.my

NATIONAL SALES & RESERVATION CENTRE
Tel: +603 7956 1453 / 013 392 6938
Fax: +603 7956 1453
E-mail: pyccheah@pd.jaring.my

www.cwsgolf.com.my

Golf Course
27 Holes
Metres
3,304 / 3,275 / 1,388M
Par
72
Designer
Tim Woolbank
Green Fee
RM 105 - RM 128
Buggy Fee
RM 50
Caddy Fee
N/A





Meru Valley Golf & Country Club 
Address Meru Valley Golf & Country Club
Jalan Bukit Meru, Off Jalan Jelapang
30020 Ipoh, Perak Telephone +60 5 5293 300 Fax +60 5 5293 311

Email
info@meruvalley.com.my
Website http://www.meruvalley.com.my

Holes
27 Yardage 7034 Par 72
Course Designer Muhammed Kamel Yasin
Location Ipoh
Facilities Putting green, Chipping & Bunker practice area